Sunday, 15 March 2015

ANAK TAK SELAMANYA KECIL

BERSABAR....



Duhai mama papa.... 
Kami anak-anak tak selamanya merengek... 
Kami tak selamanya berlari dan berbuat bising di dalam rumah.... 
Kami tak selamanya berlebihan akal.... 
Dan kami tak selamanya memerlukan ibu dan ayah....





 


Duhai mama papa....
Hari ini ibu ayah mahu gengamkan tangan, saat nanti kami akan lepaskan dan menyapu pipi kami saat kami diciumi, mengelak saat mahu dipeluk, menghindari saat mahu berbual.
Suatu saat, kami akan mandi sendiri, makan sendiri, tidur sendiri dan punya kawan dan mentor sendiri.





Duhai mama papa.....
Dan pastinya saat itu ibu ayah merindukan masa-masa susah kini, ketika kami masih kecil. 
Rindu ingin menidurkan kami, rindu ingin membacakan cerita, rindu mahu memeluk, bersembang, dan rindu mendengar coleteh kami. 



.................................................

Duhai anak-anakku, maafkan mama dan papa kerana selalu memarahi kalian, marah kami bukan sebab benci, tapi sayang.... Benar, kami akan merindui keletah kalian sayang...kerana kalian membesar terlalu cepat... masa berlalu terlalu pantas. Mama dan papa pula sibuk mencari nafkah buat keluarga kita. Ketahuilah sayang, biarpun susah membesarkan kalian, namun saat-saat itu adalah yang paling berharga buat kami. Kalian adalah permata hati kami...kalian adalah harta kami dunia dan akhirat...

...................................................

Betapa perlunya bersabar dalam mendidik anak-anak. Kita juga suatu ketika dulu pernah merengek, menangis dan memberontak. Usah dibiarkan anak-anak tanpa pelukan dan ucapan sayang. Ketika hayat masih ada.... bukan mereka, tetapi hayat kita yang semakin meningkat usia. Selagi kita masih punya nafas, ucapkan kata sayang pada anak-anak. Itu akan menjadi kata-kata keramat yang akan diingati sepanjang hayat.


with love,
wani mohd
018 282 2902

KISAH WANG SYILING

Sekadar perkongsian sebagai peringatan bersama.....

Wang syiling jatuh dihadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja, Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan di dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku" Kata lelaki itu di dalam hatinya. Lelaki itu tidak sedar bahawa logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling kebawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan betu kecil yang terdapat dilantai. satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas melihat dari mana datangya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Ketika itu, barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya.

Begitulah kita sebagai manusia... sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi acap kali kita lalai untuk 'mendongak' keatas sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerjanya tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Begitulah kisahnya...semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan sedikit pengajaran dari cerita ini.


with love, 
wani mohd 
018 282 2902

Friday, 13 March 2015

MLM TIPU

MLM, Antara Realiti dan Angan-Angan

http://us.cdn3.123rf.com/168nwm/nasirkhan/nasirkhan1407/nasirkhan140700022/30178433-3d-rendering-of-business-person-standing-with-mlm--multi-level-marketing-3d-white-people-man-charact.jpg


Berkesempatan berborak dengan seorang sahabat.

Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah join lebih dari 10 pelan syarikat MLM. Kenapa saya katakan beliau hebat ? Sebab beliau tak pernah serik dan berhai kental. Kalau saya, mungkin tak sekuat beliau kot.

Pengalaman beliau menyertai pelbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita, orangnya sangat berpengalaman dalam industri ini.

Persoalan yang biasa kita dengar, "Betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dengan saya.

 Berikut adalah persoalan dan tips yang dikongsikan beliau. Moga-moga perkongsian ini dapat memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM.

.........................................

Apa sebenarnya masalah MLM ni ? 
Kenapa ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar ?  

Sebenarnya, MLM tidak pernah bermasalah... tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang / manusia / makhluk yang bernyawa yang menjalankannya.

Kenapa saya katakan begitu ? 
MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran yang bertingkat untuk menigkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita, MLM memudahkan produk untuk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan.

Masalah utama yang diciptakan oleh 'makhluk yang bernyawa' dalam MLM ni adalah apabila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahamibila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru untuk memaksimakan keuntungan dengan cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagai 'topeng' mereka. 

Okey, agak berbelit. Kita simple kan. Diorang ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem diorang ni adalah MLM. Realitinya, ia sebenarnya bercanggah dengan skim MLM yang sebenar.

......................................... 


Apa modus operandi mereka ni ?  

Kebanyakan syarikat-syarikat ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen untuk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yang mereka lakukan sebenarnya bercanggah dengan sistem sebenar. 

Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya, produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat-syarikat ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dengan mewujudkan beberapa 'role model' yang berjaya. Mereka ini dijadikan proksi untuk memupuk kepercayaan orang terhadap syarikat mereka. 

Kehebatan syarikat-syarikat ini adalah kerana mereka mempunyai dana yang besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yang digunakan untuk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak-watak atau role model yang diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah) dan akan diubah menjadi orang yang hebat dalam masa yang singkat. 

Bila watak-watak ini berjaya diwujudkan. kepercayaan orang luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yang dicipta ini dari golongan yang mempunyai follower seperti artis, selebriti dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keutungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yang dicipta.

 ..........................................


Kenapa orang mudah percaya dengan mereka ? 

Simple. 
Dengan menggunakan kaedah melahirkan impian dan dijadikan kenyataan dalam masa yang singkat.

Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan besar. Senang cerita, kalau ada skim yang boleh 'tidur hari-hari dan duit masuk je hari-hari', maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk join. Proksi yang diwujudkan adalah tarikan untuk menarik orang lain untuk turut sama berimpian bagi mencapai kejayaan yang sama. Bila wujud rasa keinginan yang kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa-magsa. Konsep yang sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung. 

........................................


Macam mana nak kenal mereka-mereka ini dan syarikat-syarikat skim penipu yang bertopengkan MLM ?  

1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ni boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yang berjaya yang telah dilahirkan.

Kebanyakan syarikat-syarikat ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yang menggunakan nama syarikat antarabangsa yang sedang membuka pasaran di Malaysia. Ada juga yang claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat. 

Kebiasaanya usahawan yang betul-betul berjaya tak ramai. Kurang dari 100 orang. Maybe ada dalam 10 atau 20 orang yang mempunyai sport car. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yang berjaya yang bakal mempunyai sport car. 

2. Kaji leaders atau model-model yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh untuk berjaya.

Kebiasaanya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba-tiba keluar sebagai jutawan dan bawak sport car. Secara logiknya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yang ditubuhkan juga berusia kurang setahun.

Lagi best kalau rajin cuba siasat total income tax yang dibayar setahun sebagai seorang jutawan. Cuba juga cek 'no pendaftaran' sportcar mereka atas nama siapa (banyak online system yang boleh digunakan untuk semak pemilik sebenar kereta dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran kereta dan ic)... Kebanyakan proksi-proksi ini diberikan kereta untuk digunakan bagi mengaburi mata prospect. Dan sebenarnya kereta-kereta tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dalam sesuatu tempoh. 

3. Cek dengan SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjangkan siasatan kepada JAKIM dan SIRIM untuk status produk yang dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal kualiti produk dan status produk.

4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakan syarikat2 ini tidak memberatkan usahawan untuk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah untuk nak explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan.

5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah orang asing dan bukan dari Malaysia. Jika mereka berpangkat Datuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka itu valid. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui kesahihannya. 

............................................


Fakta : 
Percaya tak, kebanyakan syarikat skim cepat kaya yang bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dalam sekelip mata. Mereka akan wujud tidak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor syarikat akan hilang entah kemana. Ada yag cakap mereka2 ini adalah sindiket yang beroperasi secara melompat-lompat dari satu negara ke negara yang lain. 

Fuhh !!! memang seram bila dengar cerita tenyang mereka ini. Ramai yang dah jadi mangsa dan percayalah masih banyak syarikat2 yang seumpama ini yang sedang bergerak aktif sekarang... Takut kan ?? 

...........................................

Tips untuk tidak terjebak dan panduan memilih syarikat MLM yang sebenar 

1. Kaji latar belakang syarikat.
Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan yang berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan (boleh juga cek saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekalkan prestasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dapat bertahan lama dan akan diarah untuk tidak menjalankan perniagaan oleh pihak kerajaan. 

2. Buat pemeriksaan dengan SSM dan KPDNKK.
Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan). Lihat pencapaian dan anugerah yang diterima oleh syarikat. (Penganugerahan tidak sebarangan akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika). 

3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. 
Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk memastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita, mereka pakar dalam menerangkan tentang produk yang dijual.

4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka.  
 Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalam tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera.

5. Kejayaan usahawan dalam MLM adalah tidak terhad. 
Semua usahawan mempunyai peluang yang sama untuk mencapai pangkat tertinggi dalam sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dengan jelas bagaimana bonus dikeluarkan dan pengiraan sebenar.


 Kalau diikutkan, banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkonsian kali ini. Objektif utama untuk kita semua berhati-hati dan sedar dengan bisnes MLM yang kita sedang alakukan. Adakah ianya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya.

Tiada jalan yang sigkat untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya, tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan yang bijak.

Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ianya masih menjadi beban untuk anda fahami....

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.....




with love,
wanimohd
018 282 2902 

Thursday, 12 March 2015

KAMI TERPAKSA KURUS

Sebelum berumahtangga dan melahirkan  baby, adakan anda suka dengan bentuk badan anda? Puas hati ?? Bagaimana pula bila selepas kawin dan melahirkan anak ? Adakan anda masih berpuas hati dengan bentuk badan anda ? Atau....anda kini sedang sibuk mencari set pelangsingan badan ?? 

Apa yang berlaku selepas melahirkan baby ?? 


Tanpa penjagaan yang rapi, inilah yang bakal terjadi pada semua wanita yang sudah bergelar ibu..


Semua wanita pun pasti mengiginkan kembali bentuk badan sebelum melahirkan. Pasti ramai yang akan mencuba pelbagai jenis set pelansingan badan dan pelbagai jenis jamu dengan tujuan untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan kecantikan tubuh badan. 

Apa yang wani ingin kongsikan disini adalah rahsia pelangsingan dan penjagaan kesihatan dalaman paling berkesan, selamat dan mudah. 

RAHSIANYA......

Pakaian Pembentukan Badan Berteknologi Tinggi


PREMIUM BEAUTIFUL BODY SHAPING LINGERIE





Kami dah merasai kehebatannya... 
Anda bila lagi ??? Tak perlu berkira-kira untuk reward diri sendiri. Nanti anda juga yang rugi. 

Jangan biarkan badan anda TUA SEBELUM USIA. Bila badan kita tua, maka wajah kita pun akan nampak lebih berusia.

Kalau wani memang tak sanggup dengar bila orang cakap kita ni macam dah ada anak 10 orang... Owhhh tidak!!!!

Tapi hati ni berbunga-bunga bila orang kata kita ni macam anak dara walhal dah ada anak 3... Kan??? 

Wani dengan senang hati mengajak semua sahabat kat luar sana, Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dari dalam dan dapatkan bentuk badan idaman. 


Jom sihat sama-sama
Cantik sama-sama 


Disini, wani akan kongsikan testimoni pemakai premium beautiful corset ni. 


IKUTI TESTIMONI KAMI.... 


 Testimoni 1

Testimoni wani sendiri. Semasa mengandungkan anak yang ketiga, berat badan wani bertambah sebanyak 12 kg. Selepas melahirkan, wani sebenarnya tidak terlalu risaukan berat badan tapi yang amat merisaukan wani ialah bentuk badan. Tetapi Alhamdulillah, berpantang dengan Premium Beautiful Corset dapat mengembalikan bentuk badan wani. Malahan PB banyak membantu pengeluaran susu dan sangat selesa serta mudah dipakai semasa berpantang berbanding dengan corset  tradisional.




Testimoni 2 

Puan Ziela Majid,Kuala Lumpur, Ibu beranak dua. 
Semasa mengandungkan anaknya yang kedua, berat badan Puan Ziela adalan 75 kg. Pada hari ketiga berpantang, beliau terus menyarungkan PremiumBeautiful Corset. Selepas sebulan, beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg. Beliau berjaya mencapai berat badan sebelum berkahwin dengan hanya konsisten pakai PB selama 8 bulan.




Testimoni 3  
Puan Aiza, Lembah Kelang
Puan Aiza hilang 19 kg after konsisten wearing Premium Beautiful & consume Set Kempis Perut
Kini beliau tampil lebih muda dan sihat.





Testimoni 4 

Puan Mursyida, Petaling Jaya, Ibu beranak satu.
Sewaktu mengandungkan anaknya yang pertama. Puan Mursyida mengalami penambahan berat badan yang mendadak. Tetapi beliau berjaya hilang sebanyak 15 kg dalam masa 2 minggu semasa berpantang. Biarpun beliau bersalin secara pembedahan, tetapi tidak menghalang beliau untuk mendapatkan kembali berat badan asal dan mengempiskan perut dengan Premium Beautiful, Malahan, ibu yang bersalin secara c-sect ini amat digalakkan berpantang dengan PB kerana Far InfraRed didalam PB membantu mengembalikan kesihatan badan dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. 
 


Testimoni 5 

Puan Seri Mahani,34,Lembah Kelang, Ibu beranak dua
Mengalami kenaikan berat badan yang mendadak selepas melahirkan anak yang kedua sehingga ada yang menganggap beliau mengandung lagi. Pada ketika ini, usia beliau baru 31 tahun, tapi beliau kelihatan lebih tua dari usia. Namun kini, beliau tampil lebih anggun, muda dan yakin selepas konsisten menyarungkan PB selama lebih kurang setahun.



Testimoni 6

Puan Nadia, Lembah Kelang. Ibu beranak dua.
Semasa mengandungan anak kedua, berat badan Puan Nadia bertambah sebanyak 20 kg. Berpantang dengan Premium Beautiful telah menjadikan beliau kembali slim.




 Testimoni 7 

Cik Juli,Ipoh.
Cik Juli merupakan pemakai  Premium Beautiful yang tegar. Dalam masa setahun, dapat mencapai berat badan ideal dan bentuk badan idaman. Terpaksa alter baju yang dipakai sebab badan makin mengecil. Muka pun makin runcing uolllsss... 

..
 


Testimoni 8 
Puan Aine,Kelantan, Ibu beranak dua
Sebaik melahirkan anak kedua, Puan Aine menghadapi masalah bentuk badan yang semakin membesar dan kulit kusam. Setelah konsisten menggunakan Premium Beautiful, kini beliau sudah boleh bergaya dengan bentuk badan yang cantik dan menjadikan beliau tampil lebih yakin.


Testimoni 9 

Puan Isma, Lembah Kelang.
Setelah memakai Premium Beautiful dalam masa semiggu sahaja, Puan Isma berjaya menurukan berat badannya sebanyak 5 kg. Selepas 3 minggu konsisten pakai PB, masalah sakit belakang, period tak teratur yang dihadapi oleh beliau telah dapat diatasi. Kini beliau lebih sihat dan slim berbanding dulu.




Testimoni 10

Puan Irda, Kuala Lumpur, Ibu beranak dua.
Tujuan utama Puan Irda memakai Premium Beautiful adalah untuk  mencegah dari penyakit kanser. Tetapi, setelah konsisten pakai PB dan consume Nurich Lactolite, beliau berjaya hilang 6 kg dalam masa 8 minggu.




Testimoni 11 

Puan Noridah, Putrajaya. 
 Puan Noridah merupakan seorang yang memiliki badan yang terlalu kurus. Namun ia bukan satu alasan untuk beliau mendapatkan Premium Beautiful Corset. Setelah menyarungkan PB, beliau mula jatuh cinta kerana PB membantu menganjalkan aset-aset penting beliau membuatkan suami Puan Noridah bertambah sayang padanya. Selain itu, beliau juga kini tampil lebih yakin kerana PB telah menjadikan postur badan beliau tegap dan tidak membongkok. Kini beliau lebih bahagia.



Testimoni 12 

Puan Najiha. Kota Bharu, Ibu beranak dua.
Selepas melahirkan anak kedua, Puan Najiha mengalami masalah berat badan yang serius. Beliau amat sedih apabila ramai yang mengatakan dia nampak lebih tua dari usia. Dengan kata lain, macam dah berumur 40 tahun, sehinggakan Puan Najiha malu untuk berjumpa dengan kawan-kawan suaminya. Telah banyak duit beliau habiskan mengunjungi pusat pelangsingan. Namun, hasil yang diperoleh tidak memuaskan sehinggalah beliau bertemu dengan Premium Beautiful. Setelah konsisten lebih kurang setahun memakai PB, nah... hasilnya sangat luar biasa. Beliau nampak jauh lebih muda dan anggun. 





Testimoni 13

Puan Aien, Kuala Lumpr, Ibu beranak dua.
Puan Aien mempunyai ketumbuhan Cyst sebesar 4.89 cm yang dikesan oleh doktor selepas dia melahirkan anak yang kedua. Puan Aien perlu menjalani pembedahan sekiranya Cyst tersebut semakin membesar dan mencapai 5 cm. Disebabkan tidak sanggup menjalani pembedahan, Puan Aien telah cuba memakai Premium Beautiful sebagai rawatan alternatif. Pada pemeriksaan yang seterunya selepas sebulan, Puan Aien sangat bersyukur apabila doktor mengedahkan Cyst tersebut telah tiada dan beliau tidak lagi perlu menjalani pembedahan.
 



 Testimoni 14

Puan Anis,29, Kelantan, Ibu beranak satu, Surirumah.
Walaupun hanya bekerja dirumah, Puan Anis tetap menitikberatkan soal penjagaan diri untuk suami. Lihat sahaja perubahan beliau setelah koksisten menyarungkan  Premium Beautiful. Beliau kini tampak lebih segar dan lebih muda serta bertenaga.
Yang penting badan pun dah ramping uolssss...





Testimoni 15

Puan Ida, Kelang, Ibu beranak dua.
Konsisten memakai Premium Beautiful selama 8 jam setiap hari merupakan rahsia Puan Ida mendapatkan badan XL menjadi S. Kini beliau telah dapat menyarungkan kembali seluar dan kebaya lama.

 




Testimoni 16  

Cik Azni, Selangor
Kalau dulu Cik Azni dikatakan seperti ibu beranak 3, tetapi kini beliau kembali seperti anak dara. Jika dulu beliau memakai baju bersaiz XL, kini saiz M menjadi pilihan. Lost 14 kg merupakan sesuatu yang amat menggembirakan.

 



Testimoni 17  

Puan Anis, Cyeberjaya.
Puan Anis telah mendapatkan Premium Beautiful sejak sebelum berkahwin lagi supaya nampak lebih ramping dihari bersejarah beliau. Nah... lihatlah hasilnya apabila konsisten pakai PB. Bukan sahaja badan lebih slim tapi muka pun lebih runcing tanpa sebarang pembedahan. 




Testimoni 18  

 Puan Liza, Kelang, Ibu beranak satu.
Dalam masa dua bulan sahaja Puan Liza menyarungkan Premium Beautiful sudah nampak perubahan pada bentuk badan beliau. From a straight body shape to curvy. 




Testimoni 19 

Puan Wirdanis, Kuala Lumpur.
Waktu pantang adalah masa yang paling baik untuk mendapatkan kembali bentuk badan sebelum mengandung. Dengan pemakaian Premium Beautiful tidak menjadi masalah bagi Puan Wirdanis untuk mengecilkan kembali peha, lengan dan mengempiskan perut.

 



                                                                                                                                                                            

SCROLL KE BAWAH LAGI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK TESTIMONI  



Walaupun berbadan kurus, tapi tetap jugak pakai corset untuk dapatkan badan yang lebih cantik.



Lihatlah sendiri perbezaan penampilan yang amat ketara sebelum dan selepas menyarungkan Premium Beautiful.


Instant result...!!! sarung sahaja Premium Beautiful terus ada shape.


Konsisten pakai Premium Beautiful dan consume Set Kempis Perut...Nah...lihatlah sendiri hasilnya.

wanita yang mengandung tidak boleh lari daripada masalah kegemukan selepas melahirkan baby. Pemakaian korset yang sesuai dan konsisten semasa berpantang merupakan cara untuk mendapatkan kembali bentuk badan anda.


Lost 8 kgs. Tiada lagi perut buncit.



Instant result. Walaupun berbadan besar tapi tetap ada shape dengan Premium Beautiful.



Dengan Premium Beautiful, beliau berjaya mendapatkan kembali ukuran pinggang 23 inci.


Lost weight from 58 to 51 kg



Lost 25 kgs dengan Premium Beautiful




From 76 kg, now 59 kg.


Turun 10 kg

Seluar lama dah boleh muat balik.



Sangat selesa pakai Premium Beautiful. Pinggang semakin mengecil.



Pakai Premium Beautiful untuk kurangkan sakit belakang, tapi dapat bonus KURUS.



Selesanya pakai Premium Beautiful Corset.



Pakai Premium Beautiful bukan untuk kurus tapi untuk sihat.



 Setelah sebulan pakai Premium Beautiful, masalah period tidak teratur dan slip disc dapat diatasi.


Premium Beautiful bukan sahaja memberi kebaikan kepada wanita atau ibu malahan sangat membantu untuk anak yang demam atau jaundice.




Kat sini wani cuma cuba berkongsi dan memperkenalkan produk Premium Beautiful ni kepada pembaca semua. Sebab bagi wani PB ni sangat banyak boleh membantu meningkatkan kesihatan kita dari dalam. PB merupakan satu rawatan alternatif untuk kita cuba dan segala kesan yang kita dapat tu adalah dengan IzinNya.

Memang tak menyesal beli PB ni 3 tahun lepas. Sampai sekarang masih elok. Sangat elok, tak terjejas apa-apa pun walaupun wani pakai hari-hari. 
Pendek kata, alah membeli menang memakai. Kenapa nak berkira sangat untuk bagi reward kat diri sendiri ??

Gajet yang harga beribu-ribu pun kita boleh beli. Tu pun setahun dua je boleh tahan. PB ni seumur hidup dijamin kualitinya. Jadi, buatla keputusan yang bijak sebab badan kita nak pakai lama kan. Kalau bukan kita yang bagi terapi kat diri, siapa lagi ? Orang lelaki atau suami tak akan faham kerana, yang bersalin bukan dia tapi kita, yang menanggung sakit bukan dia tapi kita. Hargailah diri kita wahai sahabat semua....


Anda serius nak mendapatkan BENTUK BADAN IDAMAN dan memiliki badan yang sihat dari dalam?? 

PREMIUM BEAUTIFUL adalah pilihan yang paling tepat...!!!

Hubungi wani sekarang untuk merebut peluang PAKAI PB SECARA PERCUMA dan DAPATKAN CASH REBATE SEHINGGA RM 4500 !!!

Lihat tentang Premium Beautiful disini



Love 
wanimohd 
018.282.290.2
There was an error in this gadget